Thursday, November 7, 2013

Ebook Bisnes Mainan - Hati-hati Memilih Guru Belajar Berniaga Di Ebay

Kalau hari ini pasangan anda tiba-tiba kata kat anda

Aku nak buat bisnes eBay

Ketahuilah sebenarnya dia tak berseorangan. Hakikatnya kat Malaysia ni sebenarnya dah ramai orang yang memang diam-diam berniaga di eBay.

Mereka menjual macam-macam jenis produk. Ada yang anda boleh nampak apa produk yang mereka jual, dan sebenarnya ada jugak produk yang kita tak nampak.

Aik

Produk apa yang kita tak boleh nampak tu? Halimunan ke produk tu?

Ho ho bukan bukan.

Produk yang kita tak nampak ni selalunya sebab dia gunakan satu teknik yang kita kenali sebagai teknik dropship.

Dalam teknik dropship ini, si usahawan ebay tu tak simpan stok. Peranan dia lebih kepada untuk promosi barang sahaja.

Good news is, dalam perniagaan di eBay, kita tak perlu nak bersusah payah untuk buat promosi. Ini adalah kerana, pihak eBay secara tak langsung akan bantu kita buat promosi. Ebay mempunyai sistemnya yang canggih.

Berbalik kepada topik hati-hati memilih guru. Sebenarnya macam ni, saya faham diluar sana ada ramai yang lebih selesa menggunakan bantuan enjin carian seperti google, Yahoo atau pun Bing untuk dapatkan sesuatu maklumat.

Salah satu yang relevan adalah untuk dapatkan maklumat tentang bisnes eBay.

Sekarang kan senang, kita taip je eBay Guide atau Panduan eBay akan keluar macam-macam laman web yang bercerita tentang berniaga di eBay.

Mungkin dalam banyak-banyak website tu, anda akan jumpa sekurang-kurangnya 5 -10 laman web yang relevan dan mempunyai isi yang sangat menarik dan membantu anda memahami corak perniagaan di eBay.

Kalau anda dah pilih 5 - 10 website tu, bermakna anda kini dah ada 5 - 10 orang guru!

Tahniah!

... dan selamat datang saya ucapkan ke alam pembelajaran tentang eBay yang sangat memeningkan kepala. Anda akan dapati setiap 10 laman web itu, walaupun semua cerita benda yang sama, namun mereka menyampaikan dengan cara yang berbeza.

Saya harap anda tak akan pening dan bertambah keliru.

Pengalaman peribadi saya?

Ya!

Saya memang konfius. Sangat-sangat.

Laman web 1 = Jual mouse Pad

Laman web 2 = Jual Jam

Laman web 3 = Jual accessory

Laman web 4 = Jual produk informasi

Laman web 5 = Jual gadget dan produk MP3

Setiap satu jual benda yang berbeza-beza.

Anda rasa cara jual semuanya sama?

Anda silap.

Basic urus niaga di eBay memang sama, namun, teknik untuk menghasilkan jualan itu yang berbeza.

Adakah anda tau, jual jam yang berharga USD50 dan jual jam yang berharga USD5,000 memerlukan kos penghantaran yang sama?

Sebabnya, berat jam lazimnya dalam julat yang sama. Lagi mahal sesuatu jam, lagi tinggi untung kita boleh dapat. Satu perkara yang terbaik sekali ialah dari segi kos penghantaran, ia tidak meningkat.

Jam mahal tak semestinya akan jadi lebih berat.

Adakah konsep yang sama dapat digunapakai dalam produk lain? Ada yang boleh, dan banyak yang tak boleh pakai.

Sebab tu, kalau nak berguru, nak dapatkan info yang terbaik, dapatkan dari guru yang menerangkan step by step dari mula sampai habis macam mana nak jual sesuatu produk di ebay.

Macam dalam contoh kita sekarang ni, macam mana nak jual mainan? Apa step-step dia?

Bertuah kita sekarang ni sebab ada panduan yang terangkan step by step macam mana nak buat bisnes mainan di eBay

Kita sambung di masa akan datang ya. 

 


No comments:

Post a Comment